Thursday, 12 April 2018

Sahabat datang dan pergi


Bismillah..

Harini sahabatku pergi demi tugas yang baru..
Walaupun hanya rakan sekerja tapi kami dah macam adik beradik.. selalu share benda yang orang lain tak tahu pun but itulah hiburan sepanjang perkenalan kita sahabat..
Apapun kita kena terima hakikat sahabat akan datang dan pergi..

Sahabat yang aku kasihi kerana Allah..
Moga kuat untuk melangkah di tempat baru..
Senang mengenalimu..
Moga ada rezeki ketemu lagi..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Moga Allah ikat ukhuwah kita selamanya..
Biiznillah..
Fi hifzillah sahabat..
Sayang kamu kerana Allah..

Moga bertemu lagi di lain masa dan waktu..



#sahabatkuraihan


akumenulis
3.38pm
17042018

Monday, 12 February 2018

Hijrahku ke Bumi Kenyalang


Alhamdulillah thumma alhamdulillah..

Akhirnya merasa juga den nak kerja walaupun kontrak for service but bersyukurlah kan.. Panggilan lapor diri pula betul2 pada masa yang tepat lepas hantar full tesis master..

Jawatan yang diterima sebagai Pensyarah Gred 41.. kiranya cita-cita aku nak jadi pensyarah time sekolah rendah dtercapai jugalah.. Allah mudahkan jalan..

Di tempat orang awal-awal macam susah sikit nak biasakan environment, makanan, bahasa n etc.. inyaAllah banyakkan berdoa dan kuat supaya kita tak cepat merungut..

So teman2 kita kena Berani Berhijrah mungkin itu yang terbaik untuk kita..

Allahumma Yassir..
Rindu masakan kampung..huhu

Catatan
13/2/2018
3.15 PM


Thursday, 11 January 2018

Pengalaman Temuduga Pensyarah Pengajian Islam


Bismillah wal hamdulillah..

Ok kali ni nak share sedikit sebanyak pengalaman iv untuk jawatan pensyarah pengajian Islam..

Buat pertama kali dipanggil ke temuduga asalnya berbelah bagi juga nak pergi sebab jauh tapi demi sebuah pengalaman ku turutkan jua.. family pun support..

Waktu temuduga dapat pukul 2 petang dan no giliran yg ke lapan.. berdebor tu jangan cakapla baca la doa n zikir yang patut..untuk tenangkan diri sebelum dipanggil..

Sebenarnya untuk persediaan iv untuk  bidang ini calon kena bersedia dari sudut:

- Pengenalan diri (bersedia dalam bahasa Arab)

- Isu semasa

- Bacaan Quran/tajwid (jika bidang tahfiz atau berkaitan)

- Pengetahuan Fiqh

- Pengucapan awam

* Mock teaching (buat persediaan sekiranya telah dimaklumkan di dalam surat panggilan temuduga ok)

Masa iv panel ada dua orang je tapi alhamdulillah dapat yang sporting memang seronok le.. banyak pula soalan tentang penglibatan aktiviti atau program masa kat universiti.. den ni aktif sikit zmn study banyak nau sijil sampai panel tanya banyak sangat anugerah kokurikulum ni nak buat ape.. nak jadikan cerita panel tanya tajuk tesis boleh pula den lupa..haha nasibla keluar jugak dari mulut tajuknya..

Lepas sesi soal jawab.. Panel pun cakap kalau dapat dia akan maklumkan dengan surat atau email..huh lega tak terkata lepas keluar bilik iv rasa nak lompat bintang eh over pula belum dapat lagi baru iv kan..hehe say alhamdulillah dapat ke tidak den dah buat semampu yang boleh.. usaha dah sekarang kita tawakkal..


Ok buat bakal ustaz atau ustazah just chill buat persediaan sebaiknya, doa + tawakal.. U can do it..
Bittaufiq wannajjah..


12012018
12:05
Jumaat