Bismillah wal hamdulillah..
Ok kali ni nak share sedikit sebanyak pengalaman iv untuk jawatan pensyarah pengajian Islam..
Buat pertama kali dipanggil ke temuduga asalnya berbelah bagi juga nak pergi sebab jauh tapi demi sebuah pengalaman ku turutkan jua.. family pun support..
Waktu temuduga dapat pukul 2 petang dan no giliran yg ke lapan.. berdebor tu jangan cakapla baca la doa n zikir yang patut..untuk tenangkan diri sebelum dipanggil..
Sebenarnya untuk persediaan iv untuk bidang ini calon kena bersedia dari sudut:
- Pengenalan diri (bersedia dalam bahasa Arab)
- Isu semasa
- Bacaan Quran/tajwid (jika bidang tahfiz atau berkaitan)
- Pengetahuan Fiqh
- Pengucapan awam
* Mock teaching (buat persediaan sekiranya telah dimaklumkan di dalam surat panggilan temuduga ok)
Masa iv panel ada dua orang je tapi alhamdulillah dapat yang sporting memang seronok le.. banyak pula soalan tentang penglibatan aktiviti atau program masa kat universiti.. den ni aktif sikit zmn study banyak nau sijil sampai panel tanya banyak sangat anugerah kokurikulum ni nak buat ape.. nak jadikan cerita panel tanya tajuk tesis boleh pula den lupa..haha nasibla keluar jugak dari mulut tajuknya..
Lepas sesi soal jawab.. Panel pun cakap kalau dapat dia akan maklumkan dengan surat atau email..huh lega tak terkata lepas keluar bilik iv rasa nak lompat bintang eh over pula belum dapat lagi baru iv kan..hehe say alhamdulillah dapat ke tidak den dah buat semampu yang boleh.. usaha dah sekarang kita tawakkal..
Ok buat bakal ustaz atau ustazah just chill buat persediaan sebaiknya, doa + tawakal.. U can do it..
Bittaufiq wannajjah..
Ok buat bakal ustaz atau ustazah just chill buat persediaan sebaiknya, doa + tawakal.. U can do it..
Bittaufiq wannajjah..
12012018
12:05
Jumaat