Friday, 3 November 2017

Tips menghadapi VIVA


Bismillah..

Hyee buat apa tu? tengah prepare untuk viva ke..terutama bagi yang ambik master & PhD ni..di sini nak share sikit la macamana saat-saat hari menanti viva sampai la viva sebenar. Actually, hanya nak  kongsi moga bermanfaat walaupun sikit kan:

Viva ni biasanya akan diberitahu 2 @ 3 minggu. Pihak fakulti akan call, mesej dan email surat panggilan viva (masa, waktu dan tempat). Huh masa tu mestila gelabah nak buat persediaan baru kau nak hadam balik apa yang kau tulis..hehe mandi, tido, makan semua dalam bayangan viva kau tau.. Tapi semua tu boleh ditenangkan dengan solat hajat dan doa insyaAllah..khairr

Sebelum Viva:

- Buat slide untuk pembentangan:
>> Permasalahan kajian
>> Objektif
>> Metodologi kajian
>> Hasil Kajian
>> Implikasi kajian

- Bersedia dengan soalan-soalan SPOT contohnya:
* Kenapa buat kajian ni?
* Apa perbezaan atau keistimewaan kajian anda dengan orang lain?
* Kenapa pilih lokasi kajian ni?
* Apa kepentingan kajian anda?
* Adakah kajian anda menyumbang kepada masyarakat?
(soalan-soalan ni hanya beberapa sahaja yang lain boleh agak ikut bidang yang diambil ok)

- Kalau dapat tahu siapa examiner cuba tau latar belakang (orangnya macamana).

- Pastikan anda faham kajian sendiri contoh kalaula data yang menggunakan SPSS tapi orang lain yang tolong key in data fahami macamana proses @ caranya bukan redha je tak tau kalau ditanya.

- Dari sudut persediaan diri sebulan @ dua bulan sebelum sebenarnya kita dah start baca semula kajian. Buat solat hajat dan doa spesifik tau untuk viva..saya dah buat alhamdulillah..


Semasa Viva

- Datang awal 15 atau 30 minit lebih awal
- Sebelum masuk bilik viva tenangkan diri jangan gelabah minta Allah lapangkan dan mudahkan sesi viva.
Doa dimudahkan urusan:

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah".


- Ketika sesi viva bentang dengan tenang jangan terlalu cepat atau lambat.. biasanya akan diberi masa 15 hingga 20 minit tapi ikut bidang juga ada yang sampai  setengah jam..

- Sesi soal jawab jangan sesekali melawan atau seolah-olah tak bersetuju dengan Examiner ok..sebab dia orang yang pakar dalam bidang.. just jawab berdasarkan kajian yang kita buat walaupun tak tau jawab sebenonya yang penting logik..hehe bersedia..


Selepas Viva

- Ucap alhamdulillah
- Tunggu keputusan samaada cemerlang, baik, sederhana atau REviva (minta dijauhkan)
- Terima kasih pada Penyelia, Pengerusi dan Pemeriksa.
- Anda akan rasa selega-leganya seolah-olah burung terbang diangkasa eh..

Hakikatnya..sesi viva ni bukanlah sekadar menentukan kita dapat title master or PhD semata-mata  tapi lebih kepada proses untuk belajar & perbaiki kesilapan (muhasabah).. YES kalau saya sejujurnya banyak saya dapat sepanjang sesi viva ni.. ok setakat ni je maaf kalau simple tapi sekurang-kurang bagi semangat dan jalan untuk korang nak viva..


SEMOGA BERJAYA...

GOOD LUCK..
BITTAUFIQ WAN NAJAH..

Yang Menulis
Orang dah Viva
4.40 PM
03112017


Thursday, 2 November 2017

Pemulihan ACL


Ok kali ni nak share la macamana aku recover balik lepas bedah ACL haritu.. kalau nak ikutkan harini dah masuk bulan 11 2017 dekat 9 bulan jugak lepas bedah. Sepatutnya dah boleh baik sepenuhnya la lutut den ni tapi nak buat macamna bergantung pada keadaan.. untuk fasa awal 1-3 bulan lepas pembedahan memang take time untuk berjalan kena bertongkat sakti ok wajib sekali dengan pendakap kaki.. pergerakan kena kawal oleh mak aku adik beradik..alhamdulillah family amat-amat memahami dan membantu..tqqq

Setiap bulan memang kena pi jumpa Doktor untuk cek luka dan perkembangan lutut. Ikutla appoinment bila bukan suka hati nak pi. Seperti biasa kat HUKM hospital peberet gitu sebab doktor baik belaka terutama doktor paling sporting pernah aku jumpa abad ni Dr Norlelawati Mohamed. Dia ni Dr pakar kecederaan sukan ok so memang expert la bab-bab ni. Setiap kali jumpa memang dengan Dr Norlela je. Dr ni la yang ajar macamna nak bagi lutut bengkok sepenuhnya sebab progress aku lambat lutut payah nau nak bengkok.. bahasa perubatan sendi ketat.

Fasa 4-6 bulan boleh la jalan tanpa tongkat tapi still hati-hati. Tapi kalau jalan jauh memang bawa tongkat ada jugak rasa nyilu-nyilu kucing. Nak solat pun masih guna kerusi, orang yang pernah rasa bedah lutut je faham ook..lupa nak bagitau kalau nak cepat baik WAJIB BUAT FISIO SENDIRI jangan tunggu appoinment baru nak buat kalau tak hadap la kaki tak boleh bengkok.. nak naik tangga pun payah..

Fasa 6-9 bulan ni boleh la bergerak laju sikit walaupun masih terbatas.. Dr cakap progress aku lambat sikit tak macam orang lain hehe..nak buat macamana nak cakap tak fisio den ni rajin je buat hari-hari.. sampai satu tahap aku tanya doktor ada lagi tak cara nak bagi cepat bengkok. Dr jawab kita bedah lagi...haa yang ni den memang dah insoff tak nak buat pembedahan kedua.. so rajin-rajin-rajin la buat fisio bagi kaki tu kuat..

Fasa 9-10 bulan alhamdulillah dah boleh solat tanpa kerusi tapii time nak duduk antara dua sujud tu memang payah sikit tapi yang penting cuba ya.. akhirnya merasa juga nikmat sujud hampir 9 bulan kot solat guna kerusi..Ok aku nak share sikit tips untuk jaga lutut ni: pakai knee guard klu jalan jauh (cari kat farmasi, kedai biasa pun ada), letak hot pack pada lutut, buat fisio jangan malas-malas ok..

Contoh Pergerakan (sumber Internet)

Ok untuk korang yang nak buat pembedahan ACL tu selamat berjaya don't worry.. insyaAllah semua ok kalau kita bersabar.. Nak baikkan kena rajin fisio itu je ubat terbaik kalau nak sembuh.. byee

Sirru'ala wabarokatillah..