Thursday, 12 April 2018

Sahabat datang dan pergi


Bismillah..

Harini sahabatku pergi demi tugas yang baru..
Walaupun hanya rakan sekerja tapi kami dah macam adik beradik.. selalu share benda yang orang lain tak tahu pun but itulah hiburan sepanjang perkenalan kita sahabat..
Apapun kita kena terima hakikat sahabat akan datang dan pergi..

Sahabat yang aku kasihi kerana Allah..
Moga kuat untuk melangkah di tempat baru..
Senang mengenalimu..
Moga ada rezeki ketemu lagi..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Moga Allah ikat ukhuwah kita selamanya..
Biiznillah..
Fi hifzillah sahabat..
Sayang kamu kerana Allah..

Moga bertemu lagi di lain masa dan waktu..



#sahabatkuraihan


akumenulis
3.38pm
17042018

Monday, 12 February 2018

Hijrahku ke Bumi Kenyalang


Alhamdulillah thumma alhamdulillah..

Akhirnya merasa juga den nak kerja walaupun kontrak for service but bersyukurlah kan.. Panggilan lapor diri pula betul2 pada masa yang tepat lepas hantar full tesis master..

Jawatan yang diterima sebagai Pensyarah Gred 41.. kiranya cita-cita aku nak jadi pensyarah time sekolah rendah dtercapai jugalah.. Allah mudahkan jalan..

Di tempat orang awal-awal macam susah sikit nak biasakan environment, makanan, bahasa n etc.. inyaAllah banyakkan berdoa dan kuat supaya kita tak cepat merungut..

So teman2 kita kena Berani Berhijrah mungkin itu yang terbaik untuk kita..

Allahumma Yassir..
Rindu masakan kampung..huhu

Catatan
13/2/2018
3.15 PM


Thursday, 11 January 2018

Pengalaman Temuduga Pensyarah Pengajian Islam


Bismillah wal hamdulillah..

Ok kali ni nak share sedikit sebanyak pengalaman iv untuk jawatan pensyarah pengajian Islam..

Buat pertama kali dipanggil ke temuduga asalnya berbelah bagi juga nak pergi sebab jauh tapi demi sebuah pengalaman ku turutkan jua.. family pun support..

Waktu temuduga dapat pukul 2 petang dan no giliran yg ke lapan.. berdebor tu jangan cakapla baca la doa n zikir yang patut..untuk tenangkan diri sebelum dipanggil..

Sebenarnya untuk persediaan iv untuk  bidang ini calon kena bersedia dari sudut:

- Pengenalan diri (bersedia dalam bahasa Arab)

- Isu semasa

- Bacaan Quran/tajwid (jika bidang tahfiz atau berkaitan)

- Pengetahuan Fiqh

- Pengucapan awam

* Mock teaching (buat persediaan sekiranya telah dimaklumkan di dalam surat panggilan temuduga ok)

Masa iv panel ada dua orang je tapi alhamdulillah dapat yang sporting memang seronok le.. banyak pula soalan tentang penglibatan aktiviti atau program masa kat universiti.. den ni aktif sikit zmn study banyak nau sijil sampai panel tanya banyak sangat anugerah kokurikulum ni nak buat ape.. nak jadikan cerita panel tanya tajuk tesis boleh pula den lupa..haha nasibla keluar jugak dari mulut tajuknya..

Lepas sesi soal jawab.. Panel pun cakap kalau dapat dia akan maklumkan dengan surat atau email..huh lega tak terkata lepas keluar bilik iv rasa nak lompat bintang eh over pula belum dapat lagi baru iv kan..hehe say alhamdulillah dapat ke tidak den dah buat semampu yang boleh.. usaha dah sekarang kita tawakkal..


Ok buat bakal ustaz atau ustazah just chill buat persediaan sebaiknya, doa + tawakal.. U can do it..
Bittaufiq wannajjah..


12012018
12:05
Jumaat 

Friday, 3 November 2017

Tips menghadapi VIVA


Bismillah..

Hyee buat apa tu? tengah prepare untuk viva ke..terutama bagi yang ambik master & PhD ni..di sini nak share sikit la macamana saat-saat hari menanti viva sampai la viva sebenar. Actually, hanya nak  kongsi moga bermanfaat walaupun sikit kan:

Viva ni biasanya akan diberitahu 2 @ 3 minggu. Pihak fakulti akan call, mesej dan email surat panggilan viva (masa, waktu dan tempat). Huh masa tu mestila gelabah nak buat persediaan baru kau nak hadam balik apa yang kau tulis..hehe mandi, tido, makan semua dalam bayangan viva kau tau.. Tapi semua tu boleh ditenangkan dengan solat hajat dan doa insyaAllah..khairr

Sebelum Viva:

- Buat slide untuk pembentangan:
>> Permasalahan kajian
>> Objektif
>> Metodologi kajian
>> Hasil Kajian
>> Implikasi kajian

- Bersedia dengan soalan-soalan SPOT contohnya:
* Kenapa buat kajian ni?
* Apa perbezaan atau keistimewaan kajian anda dengan orang lain?
* Kenapa pilih lokasi kajian ni?
* Apa kepentingan kajian anda?
* Adakah kajian anda menyumbang kepada masyarakat?
(soalan-soalan ni hanya beberapa sahaja yang lain boleh agak ikut bidang yang diambil ok)

- Kalau dapat tahu siapa examiner cuba tau latar belakang (orangnya macamana).

- Pastikan anda faham kajian sendiri contoh kalaula data yang menggunakan SPSS tapi orang lain yang tolong key in data fahami macamana proses @ caranya bukan redha je tak tau kalau ditanya.

- Dari sudut persediaan diri sebulan @ dua bulan sebelum sebenarnya kita dah start baca semula kajian. Buat solat hajat dan doa spesifik tau untuk viva..saya dah buat alhamdulillah..


Semasa Viva

- Datang awal 15 atau 30 minit lebih awal
- Sebelum masuk bilik viva tenangkan diri jangan gelabah minta Allah lapangkan dan mudahkan sesi viva.
Doa dimudahkan urusan:

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah".


- Ketika sesi viva bentang dengan tenang jangan terlalu cepat atau lambat.. biasanya akan diberi masa 15 hingga 20 minit tapi ikut bidang juga ada yang sampai  setengah jam..

- Sesi soal jawab jangan sesekali melawan atau seolah-olah tak bersetuju dengan Examiner ok..sebab dia orang yang pakar dalam bidang.. just jawab berdasarkan kajian yang kita buat walaupun tak tau jawab sebenonya yang penting logik..hehe bersedia..


Selepas Viva

- Ucap alhamdulillah
- Tunggu keputusan samaada cemerlang, baik, sederhana atau REviva (minta dijauhkan)
- Terima kasih pada Penyelia, Pengerusi dan Pemeriksa.
- Anda akan rasa selega-leganya seolah-olah burung terbang diangkasa eh..

Hakikatnya..sesi viva ni bukanlah sekadar menentukan kita dapat title master or PhD semata-mata  tapi lebih kepada proses untuk belajar & perbaiki kesilapan (muhasabah).. YES kalau saya sejujurnya banyak saya dapat sepanjang sesi viva ni.. ok setakat ni je maaf kalau simple tapi sekurang-kurang bagi semangat dan jalan untuk korang nak viva..


SEMOGA BERJAYA...

GOOD LUCK..
BITTAUFIQ WAN NAJAH..

Yang Menulis
Orang dah Viva
4.40 PM
03112017


Thursday, 2 November 2017

Pemulihan ACL


Ok kali ni nak share la macamana aku recover balik lepas bedah ACL haritu.. kalau nak ikutkan harini dah masuk bulan 11 2017 dekat 9 bulan jugak lepas bedah. Sepatutnya dah boleh baik sepenuhnya la lutut den ni tapi nak buat macamna bergantung pada keadaan.. untuk fasa awal 1-3 bulan lepas pembedahan memang take time untuk berjalan kena bertongkat sakti ok wajib sekali dengan pendakap kaki.. pergerakan kena kawal oleh mak aku adik beradik..alhamdulillah family amat-amat memahami dan membantu..tqqq

Setiap bulan memang kena pi jumpa Doktor untuk cek luka dan perkembangan lutut. Ikutla appoinment bila bukan suka hati nak pi. Seperti biasa kat HUKM hospital peberet gitu sebab doktor baik belaka terutama doktor paling sporting pernah aku jumpa abad ni Dr Norlelawati Mohamed. Dia ni Dr pakar kecederaan sukan ok so memang expert la bab-bab ni. Setiap kali jumpa memang dengan Dr Norlela je. Dr ni la yang ajar macamna nak bagi lutut bengkok sepenuhnya sebab progress aku lambat lutut payah nau nak bengkok.. bahasa perubatan sendi ketat.

Fasa 4-6 bulan boleh la jalan tanpa tongkat tapi still hati-hati. Tapi kalau jalan jauh memang bawa tongkat ada jugak rasa nyilu-nyilu kucing. Nak solat pun masih guna kerusi, orang yang pernah rasa bedah lutut je faham ook..lupa nak bagitau kalau nak cepat baik WAJIB BUAT FISIO SENDIRI jangan tunggu appoinment baru nak buat kalau tak hadap la kaki tak boleh bengkok.. nak naik tangga pun payah..

Fasa 6-9 bulan ni boleh la bergerak laju sikit walaupun masih terbatas.. Dr cakap progress aku lambat sikit tak macam orang lain hehe..nak buat macamana nak cakap tak fisio den ni rajin je buat hari-hari.. sampai satu tahap aku tanya doktor ada lagi tak cara nak bagi cepat bengkok. Dr jawab kita bedah lagi...haa yang ni den memang dah insoff tak nak buat pembedahan kedua.. so rajin-rajin-rajin la buat fisio bagi kaki tu kuat..

Fasa 9-10 bulan alhamdulillah dah boleh solat tanpa kerusi tapii time nak duduk antara dua sujud tu memang payah sikit tapi yang penting cuba ya.. akhirnya merasa juga nikmat sujud hampir 9 bulan kot solat guna kerusi..Ok aku nak share sikit tips untuk jaga lutut ni: pakai knee guard klu jalan jauh (cari kat farmasi, kedai biasa pun ada), letak hot pack pada lutut, buat fisio jangan malas-malas ok..

Contoh Pergerakan (sumber Internet)

Ok untuk korang yang nak buat pembedahan ACL tu selamat berjaya don't worry.. insyaAllah semua ok kalau kita bersabar.. Nak baikkan kena rajin fisio itu je ubat terbaik kalau nak sembuh.. byee

Sirru'ala wabarokatillah..

Wednesday, 18 January 2017

Menjaga dan dijaga


Satu perkara aku nak kongsi..pengalaman sepanjang berada di wad..perkara ni penting bukan sahaja untuk orang lain tapi juga aku is all about "aurah"..

bila kita sakit ni banyak perkara yang kita perlukan pertolongan especially dari orang terdekat dengan kita keluarga la kan..jaga, bagi makan, tukarkan pakaian dan lain-lain..

Disebabkan aku ni muda lagi so lebih ramai penghuni wad adalah dari kalangan warga tua. Dalam pemerhatian aku bab aurat ni macam kureng dititik berat. Ye aku tau dalam Islam sendiri ada kemudahan terutama bagi mereka yang sakit dan tua. Bagi aku boleh je anak-anak ni menjaga kepentingan orang tua yang mereka jaga. Maksud aku aurat..

Contohnya situasi yang aku nampak sebagai anak boleh tolong tutup anggota badan (bahagian aurat) orang yang sakit dengan selimut atau kain. Tak kisah dengan apa tak susah pun..tanggungjawab anak untuk pelihara aurat orang yang kita sayangi..insyaAllah korang tak rugi pun.. 

Hampir 5-6 hari juga aku duduk kat wad ni.. so aku harap sebagai anak ambil kisahlah tentang aurat orang yang kita jaga..satu perkara lagi aku lupa tentang solat.. bila tiba masa untuk solat tolong peka untuk ibu atau bapa yang kita jaga ambilkan air sembahyang..kalau susah nak ke bilik air boleh guna penyembur mudahkan..Islam dah bagi rukhsah (keringanan) yang sebaik-baiknya hanya kita yang nak praktik atau tak.. 

Nak jadi anak yang soleh dan baik jagalah keutamaan ibu bapa ketika sakit..peringatan bersama demi kemudahan kita di akhirat kelak..peace ^_^

Allahumma Yassir..


akuyangmenulis
19012017
1.00 pm

Saturday, 14 January 2017

Pengalaman pembedahan ACL di HUKM

*kisah yang agak panjang so bertabahlah baca dengan tenang..


Alhamdulillah syukur, minggu ni genap 3 minggu aku selamat menjalani pembedahan acl nama saintifik (Right knee ACL recontruction) gitu.. Actually dah 2 tahun aku rasa tak selesa dengan lutut ni.. aku start cedera ni time main badminton jatuh waktu smash huh sakit jugak la..tapi main lagi sampai la lutut tu longgar kan hmm..orang sukan memang langgar je kalau dah minat..haha lepastu esok-esoknya bengkak..ok nak bagitau lutut bengkak biasanya ada kecederaan pada bahagian dalam lutut.. ni base on apa yang Doc cakapla..


Nak dijadikan cerita 4 5 kali juga aku jumpa doktor tapi doktor suruh aku gi fisioterapi dulu tengok kalau ada perubahan. Dah hampir setahun fisio macam sama je terutama time nak sujud memang selalu sangat terpeleot kan.. lepastu jalan pun tak betul.. kalau jalan2 area fakulti jumpa orang mesti la orang tanya soalan wajib..eh kenapa ni?? jenuh nak explain.. rasa segan pon ada.

Sampai masa aku ambik keputusan nak operate kalau itu yang terbaik sebab dah tak selesa sangat. Bulan 3 2016 di HUKM Dr bagi pilihan nak buat MRI atau scope lutut, 2 minggu lagi bagi keputusan. So bincang la dengan family pilih nak buat scope. Kalau nak tau scope ni kekdahnya masukkan kamera dalam lutut. Dr pun bagi la tarikh bulan 4 aku pun tak ingat tarikhnya tapi yang penting hari jumaat barakah gtu.. bedah harian je datang pagi balik petang sebenarnya tak boleh bayang pun macamana. Habis je proses scope tu bangun dari tidur tengok kaki dah balut habis sampai bawah. Kena tunggu sejam lepastu Dr check dah boleh balik.. simple..walaupun scope je tapi rasa macam dah bedah betul-betul..sampai rumah lutut tiba-tiba sakit sebab bius dah habis menangis jugak la… bila dah buat  scope ni proses nak baik pun ambil masa juga nak bengkok semula kalau tak rajin fisio tak bengkok la kaki tu..so rajin-rajin buat fisio ye sedara..

Lepas 2 minggu scope jumpa Dr semula..Dr bagitau lutut aku ACL koyak.. meniscus aku pun ada problem retak sikit tapi Dr dah trim masa scope haritu. Dr tanya macamna nak teuskan prosedur seterusnya ke tak, mestilah nak buatkan. Tak nak tunggu lama-lama sebab aku dah buat research juga tentang acl ni pro dan kontra. Dr pun bagitau bulan 12 baru ada kekosongan untuk bedah aku setuju je yang penting buat.

Untuk pertama kali masuk wad sehari sebelum bedah aku daftar masuk HUKM pada 22 Disember 2016. Sorang-sorang Dr datang jumpa, nak buat pemeriksaan terakhir sebelum bedah. Ada la 2 3 dokumen kena sign. Sampailah masa yang ditunggu-tunggu 23 Disember 2016 (Jumaat) pukul 1.30 petang aku dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Berdebar tak tau nak cakap so baca la apa2 doa yang patut. Dr bius bagitau bersedia nak dibius aku cakap ok tak lama lepastu sekelip mata terus pengsan. Bangun je dah selesai aku memang tak rasa apa-apa. Operation aku tu lebih kurang 3-4 jam juga  aku pun tak dapat agak sangat. Nampak je aku dah bangun nurse terus tolak katil untuk bawa balik wad semula. Keluar dari bilik aku perasan ada abang dan kakak aku tengah tunggu kat luar bilik bedah terharu jap. Tapi masa tu memang mamai.. Sampai kat wad baru rasa sakit sebab ubat bius dah habis huh memang sakit menangis weh..



Katil 25 dalam kenangan: HUKM

Hari pertama lepas bedah memang tak turun dari katil sebab pergerakan agak terhad. Alhamdulillah semua berjalan lancar itu yang penting. Hari kedua dan seterusnya bermula rutin harian aku di wad 4G tingkat 4 HUKM setiap pagi kena ambik tekanan darah dan suntikan kadang-kadang rasa sakit juga wuu. Dalam wad ni majoriti semua pesakit ada prob kaki atau tulang boleh kira la berapa orang je yang muda termasuk aku hehe.. sepatutnya aku dah kena fisio tapi disebabkan hujung minggu Dr fisio pun cuti la kan kena tunggu minggu depan.

Masuk hari keempat Dr datang untuk check luka pembedahan nampaknya luka aku ok je takda masalah. Nurse bantu aku bersihkan luka bedah. Petang pula nurse bawa aku untuk  x-tray nak  pastikan lutut aku ok ke tak. Nampaknya lutut den ok je.. Dr pun bagitau lusa boleh keluar lepas fisioterapi aku pun memang tak sabar nak keluar.

Nak bagi tips sikit kalau masuk wad tu bawa la buku ke, majalah, al-Quran ke tesis eh melampau pula nak bawa tesis hehe.. kalau namanya dalam wad rutin harian sama je tidur, makan, tidur makan nasib baiklah ada juga bawa buku yang memang lama dah nak baca “Semusim Di Barzakh”..Mm sesuai sangat aku yang sakit ni baca dapat muhasabah diri buku ni memang sentap sampai ke hati..

Hari keenam Dr fisio datang ajar macamna nak guna tongkat keliling wad boleh la not bad sebab dah ada pengalaman guna masa mula-mula injured dulu. Lepastu buat senaman mudah atas katil. Dr kata kena selalu buat pergerakan untuk elak darah beku lepas pembedahan. Dr pun sporting je.. tengahari nurse bagitau petang boleh balik lepas selesai dokumentasi, ambil ubat dan selesai. Pembayaran aku dah buat 3 hari sebelum operation aku bank in mudah so bagi resit je la. Kos pembayaran untuk ACL ni sebanyak RM 5,830.60 semuanya ditanggung oleh pihak universiti.. terima kasih daun keladi my Uni..terharu sangat..

Dedikasi buat Doktor Ortho HUKM & team, para nurse di wad 4G yang banyak membantu semuanya baik-baik belako jasamu dikenang. Pekerjaan yang mulia bantu orang yang sakit ni banyak pahala insyaAllah  Moga kalian diberi kekuatan dan  kemudahan untuk terus berbakti pada ummah.. tak lupa my family terutama mak tercinta tq sudi jaga sepanjang berada di wad. Abang kakakku jua.. Jazakumullahukhairan jaza’..


akuyangmenulis

14012017
4.00pm