Saturday, 14 January 2017

Pengalaman pembedahan ACL di HUKM

*kisah yang agak panjang so bertabahlah baca dengan tenang..


Alhamdulillah syukur, minggu ni genap 3 minggu aku selamat menjalani pembedahan acl nama saintifik (Right knee ACL recontruction) gitu.. Actually dah 2 tahun aku rasa tak selesa dengan lutut ni.. aku start cedera ni time main badminton jatuh waktu smash huh sakit jugak la..tapi main lagi sampai la lutut tu longgar kan hmm..orang sukan memang langgar je kalau dah minat..haha lepastu esok-esoknya bengkak..ok nak bagitau lutut bengkak biasanya ada kecederaan pada bahagian dalam lutut.. ni base on apa yang Doc cakapla..


Nak dijadikan cerita 4 5 kali juga aku jumpa doktor tapi doktor suruh aku gi fisioterapi dulu tengok kalau ada perubahan. Dah hampir setahun fisio macam sama je terutama time nak sujud memang selalu sangat terpeleot kan.. lepastu jalan pun tak betul.. kalau jalan2 area fakulti jumpa orang mesti la orang tanya soalan wajib..eh kenapa ni?? jenuh nak explain.. rasa segan pon ada.

Sampai masa aku ambik keputusan nak operate kalau itu yang terbaik sebab dah tak selesa sangat. Bulan 3 2016 di HUKM Dr bagi pilihan nak buat MRI atau scope lutut, 2 minggu lagi bagi keputusan. So bincang la dengan family pilih nak buat scope. Kalau nak tau scope ni kekdahnya masukkan kamera dalam lutut. Dr pun bagi la tarikh bulan 4 aku pun tak ingat tarikhnya tapi yang penting hari jumaat barakah gtu.. bedah harian je datang pagi balik petang sebenarnya tak boleh bayang pun macamana. Habis je proses scope tu bangun dari tidur tengok kaki dah balut habis sampai bawah. Kena tunggu sejam lepastu Dr check dah boleh balik.. simple..walaupun scope je tapi rasa macam dah bedah betul-betul..sampai rumah lutut tiba-tiba sakit sebab bius dah habis menangis jugak la… bila dah buat  scope ni proses nak baik pun ambil masa juga nak bengkok semula kalau tak rajin fisio tak bengkok la kaki tu..so rajin-rajin buat fisio ye sedara..

Lepas 2 minggu scope jumpa Dr semula..Dr bagitau lutut aku ACL koyak.. meniscus aku pun ada problem retak sikit tapi Dr dah trim masa scope haritu. Dr tanya macamna nak teuskan prosedur seterusnya ke tak, mestilah nak buatkan. Tak nak tunggu lama-lama sebab aku dah buat research juga tentang acl ni pro dan kontra. Dr pun bagitau bulan 12 baru ada kekosongan untuk bedah aku setuju je yang penting buat.

Untuk pertama kali masuk wad sehari sebelum bedah aku daftar masuk HUKM pada 22 Disember 2016. Sorang-sorang Dr datang jumpa, nak buat pemeriksaan terakhir sebelum bedah. Ada la 2 3 dokumen kena sign. Sampailah masa yang ditunggu-tunggu 23 Disember 2016 (Jumaat) pukul 1.30 petang aku dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Berdebar tak tau nak cakap so baca la apa2 doa yang patut. Dr bius bagitau bersedia nak dibius aku cakap ok tak lama lepastu sekelip mata terus pengsan. Bangun je dah selesai aku memang tak rasa apa-apa. Operation aku tu lebih kurang 3-4 jam juga  aku pun tak dapat agak sangat. Nampak je aku dah bangun nurse terus tolak katil untuk bawa balik wad semula. Keluar dari bilik aku perasan ada abang dan kakak aku tengah tunggu kat luar bilik bedah terharu jap. Tapi masa tu memang mamai.. Sampai kat wad baru rasa sakit sebab ubat bius dah habis huh memang sakit menangis weh..



Katil 25 dalam kenangan: HUKM

Hari pertama lepas bedah memang tak turun dari katil sebab pergerakan agak terhad. Alhamdulillah semua berjalan lancar itu yang penting. Hari kedua dan seterusnya bermula rutin harian aku di wad 4G tingkat 4 HUKM setiap pagi kena ambik tekanan darah dan suntikan kadang-kadang rasa sakit juga wuu. Dalam wad ni majoriti semua pesakit ada prob kaki atau tulang boleh kira la berapa orang je yang muda termasuk aku hehe.. sepatutnya aku dah kena fisio tapi disebabkan hujung minggu Dr fisio pun cuti la kan kena tunggu minggu depan.

Masuk hari keempat Dr datang untuk check luka pembedahan nampaknya luka aku ok je takda masalah. Nurse bantu aku bersihkan luka bedah. Petang pula nurse bawa aku untuk  x-tray nak  pastikan lutut aku ok ke tak. Nampaknya lutut den ok je.. Dr pun bagitau lusa boleh keluar lepas fisioterapi aku pun memang tak sabar nak keluar.

Nak bagi tips sikit kalau masuk wad tu bawa la buku ke, majalah, al-Quran ke tesis eh melampau pula nak bawa tesis hehe.. kalau namanya dalam wad rutin harian sama je tidur, makan, tidur makan nasib baiklah ada juga bawa buku yang memang lama dah nak baca “Semusim Di Barzakh”..Mm sesuai sangat aku yang sakit ni baca dapat muhasabah diri buku ni memang sentap sampai ke hati..

Hari keenam Dr fisio datang ajar macamna nak guna tongkat keliling wad boleh la not bad sebab dah ada pengalaman guna masa mula-mula injured dulu. Lepastu buat senaman mudah atas katil. Dr kata kena selalu buat pergerakan untuk elak darah beku lepas pembedahan. Dr pun sporting je.. tengahari nurse bagitau petang boleh balik lepas selesai dokumentasi, ambil ubat dan selesai. Pembayaran aku dah buat 3 hari sebelum operation aku bank in mudah so bagi resit je la. Kos pembayaran untuk ACL ni sebanyak RM 5,830.60 semuanya ditanggung oleh pihak universiti.. terima kasih daun keladi my Uni..terharu sangat..

Dedikasi buat Doktor Ortho HUKM & team, para nurse di wad 4G yang banyak membantu semuanya baik-baik belako jasamu dikenang. Pekerjaan yang mulia bantu orang yang sakit ni banyak pahala insyaAllah  Moga kalian diberi kekuatan dan  kemudahan untuk terus berbakti pada ummah.. tak lupa my family terutama mak tercinta tq sudi jaga sepanjang berada di wad. Abang kakakku jua.. Jazakumullahukhairan jaza’..


akuyangmenulis

14012017
4.00pm

60 comments:

  1. assalamualaikum

    Maaf bertanya, kalau tak keberatan kos buat pembedahan semua ni brapa ya? Adakah beribu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..maaf baru perasan ada komen semua kos pembedahan acl RM 5,830.60..tapi bergantung jg tahap kecederaan pd lutut..tqq

      Delete
    2. haii assalamualaikum..saya nak tnya..kalau nk tngguh hari pembedahan boleh tak?

      Delete
  2. Assalamualaikum. Betul ke 5k++? Untuk kos acl injury? Sebab saya baru tanya di hukm 2017 price starting RM20k++. Terima kasih yaa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..ya utk kos pembdahan sy 5k shj.. biasanya kos jg bergantung tahap kecederaan acl klu makin rumit makin tinggi kos..myb kecederaan sy hanya koyak pd tisu ligamen.. kos hngga 20k mgkin ambil kira alatan dan skru yg digunakan ktika bedah..sy respon just ikut pengalaman.. tqq sudi bertanya =)

      Delete
    2. Biasany 20k keatas ni
      Hospital swasta ni..

      Delete
  3. assalam...kalau acl kena sbb main bola...dlm 2mggu dah...mgkin ke tisu shaja yg injured?sbb lutut sebelah dh bengkak...sempat x nk rawat?

    ReplyDelete
  4. wslm.. lebih baik buat pemeriksaan doktor dulu utk pastikan tisu injured atau x..sbb doktor ada teknik nak kesan tisu koyak..insyaAllah masih boleh dirawat lebih baik cepat sebelum melarat.. biasa doktor akan minta kita buat phisio dulu untk tgk perkembangan lutut..

    ReplyDelete
  5. Kos 5k sebab under goverment tp kene tunggu lama lah kan. Kalau semi kene bayar 15k tu tp mmg cepat dia buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kos 5k tu sbb under goverment..utk kos skrg rasanya lg tinggi..

      Delete
  6. Sy baru ambil tarikh oppointmn pakar ortho hosp kuantan.. dah 2 tahun msalah ACL sb badminton.. Kosnya keseluruhan mmg 5k++ ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sy juga sblum ni prob ACL disebabkan badminton..klu x silap sy kos yg latest ni dah tinggi

      Delete
  7. Mahal jugak ye kos untuk pembedahan ni.huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis agk mahal jgk la sbb peralatan yg diguna.. klu sis ada insuran mybe boleh cover..

      Delete
  8. ye skg kos utk pmbedahan ACL dah naik..

    ReplyDelete
  9. Sy baru je buat ACL blh tahan gak sakitnya lps ACL ni tp kita semua kene tabah hadapi cabaran... Berkaitan kosnya lbh kurg rm 5k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga cepat sembuh kena byk sabar skit pergerakan terbatas..kena rajin buat fisio nnt lambat pula kaki nak bengkok..=)

      Delete
  10. Saya baru buat acl reconstruction dan meniscus repair sikit..kos lebih kurang 6k+++.. saya nak tanya pasal proses recovery dan fisio tu?? Boleh cite tak??

    ReplyDelete
  11. Tq sudi dtg ke blog sy..Oo sama la kes kta ACL recont & meniscus utk proses pemulihan ni boleh baca kat post sy yg bertajuk Pemulihan ACL kat situ sy ada cerita sedikit sebanyak spnjg proses recover ni..cuma nk bgtau klu Dr repair bhgian meniscus ni lmbt skit nak jalan spt biasa paling kurang kena bertongkat ikut pengalaman sy lah.. so kena rajin phisio & sabar..

    ReplyDelete
  12. kat hukm ni untuk pelajar universiti sana jeke boleh orang lain pegi jugak?

    ReplyDelete
  13. org awam pon bole, hukm ni hospital gov

    ReplyDelete
  14. Ada x kat sni yg amek acl dari luar( exp .. dari organ lutut penderma...org ckp lg CPT recovery
    Btul ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu sy x berapa pasti..mgkin boleh rujuk DR lebih baik..

      Delete
  15. Assalam. Saya pun baru buat operation left knee Acl recon & repair meniscus. Kos nya 10k++ tktau la harga dah naik ke ape.. Doktor tk bagi berjalan 6 minggu woooo .. Nak menangis rasa menahan sakit.
    Nak tny masa lepas operation tu, doktor pakaikan awak pendakap lutut tak? Awak ade dpt dvd video pembedahan awk tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tau jugak 10k ni dh termasuk implant ke mcm alat2 pembedahan tu.. quotation yg sy dpt untuk implant je 13k++..

      Delete
    2. Buat di hospital mne 10k++ tu.. ubt thn sakit xade ke smpai kne thn sakit tu?

      Delete
    3. wslm.. bru perasan komen ni.. sy respon je wlu dah lama kos biasanya ikut tahap kecederaan jgk & alat yg diguna.. ya lps bedah tu rasa sakit tu mmg ada la awal2 & kena pakai tongkat selama bbrp tempoh.. ya Dr mmg suruh pakai pendakap... lps bedah pun bangun2 mmg dah dipakaikn pendakap.. sy lama skit pakai pendakap sbb progress agk lmbt jgk la..

      Delete
  16. Ak pun kna jgk acl dan meniscus ...... 15 k rsanyar.. Hari ke 3 dah start jln sndri nurse xbwak kerusi roda trun pergi fisioterapi... Sakit gila... Tahan sampai bilik fisio...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hari ketiga dah jln sndiri terbaik la..mmg awal2 tu mmg sakit fhm2 dah melalui fasa tu..

      Delete
  17. Salam nak tanya... Masa bedah dia bagi bius pengsan atau sparuh bius je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. awalnya Dr bius bgtau bg separuh je tapi sy mnta bius penuh..lpstu sign tanda stuju..

      Delete
  18. Perlu ke buat pembedahan acl. Saya dah 2thn disahkan kecederaan acl. Belum buat rawatan lagi, pls advice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada keadaan dan saranan doktor..pengalaman sy cedera setahun yg lepas. Dan hari ni dah seminggu lepas operation ACL RECON + MENISCUS..lepas operation doktor kata tulang rawan dah cedera sebab injured dah lama.kalau biarkan lagi lama lagi teruk katanya

      Delete
    2. ya bergantung kepada keadaan tapi klu mmg x selesa utk diri sendiri lebih baik buat pembedahan..

      Delete
  19. bro..bleh dpt no cntct..nk call..hihi

    ReplyDelete
  20. Nk tanye meniskus,tk buat operation bleh tk?ada jalan lain selain operate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ikut pengalaman meniskus sy dah koyak lepastu kena trimmed waktu masukkan kamera.. stahu sy klu meniscus repair rwtn nya bedah je .. lps trim meniscus kaki x dibenarkn lg jejak tanah dalam 4- 5 mggu kena pakai tongkat.. sakit skit lah tp lama2 ok..

      Delete
  21. sy baru lepas operation acl + meniscus 11/11/2019 di hospital gov (seremban) kos RM 9450, keluar wad 12/11/2019, knp peha still bengkak walaupun tak pernah skip tuam ais, lagi satu knp ankle bengkak? kena bataskan pergerakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu bru je mmg ada rasa bengkak sy pun sm juga awal2 lps operation..yg penting luka jgn lupa cuci & buat pergerakan fisio peringkat awal yg Dr ajar.. ya kena kurangkan jalan tapi pergerakan fisio still buat..sgt bagus buat lepas subuh sbb waktu tu urat blm tegang lg..

      Delete
  22. Sy baru operate acl 20.11.19 dhospital queen 2 kota kinabalu.masa pembedahan Doc sah kan patellafemoral sy telah rosak teruk dan doc ckp perlu tukar besi ttp perlu dlakukan pada umur 50 thn sbb u umur sy tlalu muda utk buat pembedahan skrg Dan cara yg kedua adalah suntikan setiap thn pd lutut dgn syarat berat badan mesti ideal.. fisio mesti buat dan apa yg di ajarkn doc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafakallah.. Oo mcmtu ke nk tggu 50 tahun lama tu myb ambk suntikan sbg altenatif yg bgs utk kmudahan bergerak.. ya fisio terus buat & buat.. moga cepat sembuh..

      Delete
  23. Assalamualaikum tuan Nak tnya sikit. Untuk MRI tu kena charge tak? Kalau kena berapa eh charge dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. boleh cecah rm 600-800 jgk ikut bhgian mana dia cek.. biasa lain2 klu scan perut hrga lain..lutut pun sma charge lain..

      Delete
  24. Slm boss. Mcm mana cara nak buat acl recovery melalui universiti. Saya disyaki acl dari sem 2 lepas tu saya biar. Saya boleh sukan cuma rasa kurang selesa ja. Boleh saya tahu prosedur dia. Nak nombor wasap bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..klu cover dr Uni kita kena gi dpatkan dulu rawatan pusat kesihatan Uni lpstu DR akan bg surat rujukan ke Hospital.. dh gi hospital biasa kita akan dapat temujanji masa tu la kita boleh claim tunjukkn bukti rwtn..klu melibatkan kos operation Uni km mohon dekat HEP hntar ja surat permohonan & sgala surat hospital ikut prosuder.. lpstu lulus.. cmtu je la..

      Delete
  25. Owh tq boss. Nak nombor wasap boleh nak sembang. Urgent ni

    ReplyDelete
  26. Salam, nak tanya. Sis ukm ke?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga pesakit gastrik kronik (gerd)yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete
  28. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  29. Saja cari info pasal operation ni..jumpa blog tuan..Esok saya operation acl + meniscus..tak sangka kos semakin meningkat tiap tahun..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa kos nya tuan ? sy tny KPJ td sbb ACL dan ada koyak sebelah dalam tu dia kata 30k. termenung jap, sy nya cuepacs cover hingga 20k je. kena que hospital kerajaan balik la ni.

      Delete
    2. Hi, bole tahu KPJ mane tu. Sb hari g walk-kn KPJ tawakal , rawatan sahaja 40k, belum msuk ubat n bilik

      Delete
  30. Great and that i have a swell provide: How Much Is Home Renovation home interior renovation

    ReplyDelete