Wednesday, 18 January 2017

Menjaga dan dijaga


Satu perkara aku nak kongsi..pengalaman sepanjang berada di wad..perkara ni penting bukan sahaja untuk orang lain tapi juga aku is all about "aurah"..

bila kita sakit ni banyak perkara yang kita perlukan pertolongan especially dari orang terdekat dengan kita keluarga la kan..jaga, bagi makan, tukarkan pakaian dan lain-lain..

Disebabkan aku ni muda lagi so lebih ramai penghuni wad adalah dari kalangan warga tua. Dalam pemerhatian aku bab aurat ni macam kureng dititik berat. Ye aku tau dalam Islam sendiri ada kemudahan terutama bagi mereka yang sakit dan tua. Bagi aku boleh je anak-anak ni menjaga kepentingan orang tua yang mereka jaga. Maksud aku aurat..

Contohnya situasi yang aku nampak sebagai anak boleh tolong tutup anggota badan (bahagian aurat) orang yang sakit dengan selimut atau kain. Tak kisah dengan apa tak susah pun..tanggungjawab anak untuk pelihara aurat orang yang kita sayangi..insyaAllah korang tak rugi pun.. 

Hampir 5-6 hari juga aku duduk kat wad ni.. so aku harap sebagai anak ambil kisahlah tentang aurat orang yang kita jaga..satu perkara lagi aku lupa tentang solat.. bila tiba masa untuk solat tolong peka untuk ibu atau bapa yang kita jaga ambilkan air sembahyang..kalau susah nak ke bilik air boleh guna penyembur mudahkan..Islam dah bagi rukhsah (keringanan) yang sebaik-baiknya hanya kita yang nak praktik atau tak.. 

Nak jadi anak yang soleh dan baik jagalah keutamaan ibu bapa ketika sakit..peringatan bersama demi kemudahan kita di akhirat kelak..peace ^_^

Allahumma Yassir..


akuyangmenulis
19012017
1.00 pm

No comments:

Post a Comment