Wednesday, 18 January 2017
Menjaga dan dijaga
Satu perkara aku nak kongsi..pengalaman sepanjang berada di wad..perkara ni penting bukan sahaja untuk orang lain tapi juga aku is all about "aurah"..
bila kita sakit ni banyak perkara yang kita perlukan pertolongan especially dari orang terdekat dengan kita keluarga la kan..jaga, bagi makan, tukarkan pakaian dan lain-lain..
Disebabkan aku ni muda lagi so lebih ramai penghuni wad adalah dari kalangan warga tua. Dalam pemerhatian aku bab aurat ni macam kureng dititik berat. Ye aku tau dalam Islam sendiri ada kemudahan terutama bagi mereka yang sakit dan tua. Bagi aku boleh je anak-anak ni menjaga kepentingan orang tua yang mereka jaga. Maksud aku aurat..
Contohnya situasi yang aku nampak sebagai anak boleh tolong tutup anggota badan (bahagian aurat) orang yang sakit dengan selimut atau kain. Tak kisah dengan apa tak susah pun..tanggungjawab anak untuk pelihara aurat orang yang kita sayangi..insyaAllah korang tak rugi pun..
Hampir 5-6 hari juga aku duduk kat wad ni.. so aku harap sebagai anak ambil kisahlah tentang aurat orang yang kita jaga..satu perkara lagi aku lupa tentang solat.. bila tiba masa untuk solat tolong peka untuk ibu atau bapa yang kita jaga ambilkan air sembahyang..kalau susah nak ke bilik air boleh guna penyembur mudahkan..Islam dah bagi rukhsah (keringanan) yang sebaik-baiknya hanya kita yang nak praktik atau tak..
Nak jadi anak yang soleh dan baik jagalah keutamaan ibu bapa ketika sakit..peringatan bersama demi kemudahan kita di akhirat kelak..peace ^_^
Allahumma Yassir..
akuyangmenulis
19012017
1.00 pm
Saturday, 14 January 2017
Pengalaman pembedahan ACL di HUKM
*kisah yang agak panjang so bertabahlah baca dengan tenang..
akuyangmenulis
14012017
4.00pm
Alhamdulillah syukur, minggu ni genap 3 minggu aku selamat menjalani pembedahan acl nama saintifik (Right knee ACL recontruction) gitu.. Actually dah 2 tahun aku rasa tak selesa dengan lutut ni.. aku start cedera ni time main badminton jatuh waktu smash huh sakit jugak la..tapi main lagi sampai la lutut tu longgar kan hmm..orang sukan memang langgar je kalau dah minat..haha lepastu esok-esoknya bengkak..ok nak bagitau lutut bengkak biasanya ada kecederaan pada bahagian dalam lutut.. ni base on apa yang Doc cakapla..
Nak dijadikan cerita 4 5 kali juga aku jumpa doktor tapi doktor suruh aku gi fisioterapi dulu tengok kalau ada perubahan. Dah hampir setahun fisio macam sama je terutama time nak sujud memang selalu sangat terpeleot kan.. lepastu jalan pun tak betul.. kalau jalan2 area fakulti jumpa orang mesti la orang tanya soalan wajib..eh kenapa ni?? jenuh nak explain.. rasa segan pon ada.
Nak dijadikan cerita 4 5 kali juga aku jumpa doktor tapi doktor suruh aku gi fisioterapi dulu tengok kalau ada perubahan. Dah hampir setahun fisio macam sama je terutama time nak sujud memang selalu sangat terpeleot kan.. lepastu jalan pun tak betul.. kalau jalan2 area fakulti jumpa orang mesti la orang tanya soalan wajib..eh kenapa ni?? jenuh nak explain.. rasa segan pon ada.
Sampai masa aku ambik keputusan
nak operate kalau itu yang terbaik sebab dah tak selesa sangat. Bulan 3 2016 di
HUKM Dr bagi pilihan nak buat MRI atau scope lutut, 2 minggu lagi bagi
keputusan. So bincang la dengan family pilih nak buat scope. Kalau nak tau
scope ni kekdahnya masukkan kamera dalam lutut. Dr pun bagi la tarikh bulan 4
aku pun tak ingat tarikhnya tapi yang penting hari jumaat barakah gtu.. bedah
harian je datang pagi balik petang sebenarnya tak boleh bayang pun macamana.
Habis je proses scope tu bangun dari tidur tengok kaki dah balut habis sampai bawah.
Kena tunggu sejam lepastu Dr check dah boleh balik.. simple..walaupun scope je
tapi rasa macam dah bedah betul-betul..sampai rumah lutut tiba-tiba sakit sebab bius dah habis menangis jugak la… bila dah buat scope ni proses nak baik pun ambil masa
juga nak bengkok semula kalau tak rajin fisio tak bengkok la kaki tu..so
rajin-rajin buat fisio ye sedara..
Lepas 2 minggu scope jumpa Dr semula..Dr
bagitau lutut aku ACL koyak.. meniscus aku pun ada problem retak sikit tapi Dr dah trim
masa scope haritu. Dr tanya macamna nak teuskan prosedur seterusnya ke tak, mestilah nak buatkan. Tak nak tunggu lama-lama sebab aku dah buat research juga
tentang acl ni pro dan kontra. Dr pun bagitau bulan 12 baru ada kekosongan
untuk bedah aku setuju je yang penting buat.
Untuk pertama kali masuk wad
sehari sebelum bedah aku daftar masuk HUKM pada 22 Disember 2016. Sorang-sorang
Dr datang jumpa, nak buat pemeriksaan terakhir sebelum bedah. Ada la 2 3
dokumen kena sign. Sampailah masa yang ditunggu-tunggu 23 Disember 2016 (Jumaat)
pukul 1.30 petang aku dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Berdebar tak tau nak
cakap so baca la apa2 doa yang patut. Dr bius bagitau bersedia nak dibius aku
cakap ok tak lama lepastu sekelip mata terus pengsan. Bangun je dah selesai aku
memang tak rasa apa-apa. Operation aku tu lebih kurang 3-4 jam juga aku pun tak dapat agak sangat. Nampak je aku
dah bangun nurse terus tolak katil untuk bawa balik wad semula. Keluar dari
bilik aku perasan ada abang dan kakak aku tengah tunggu kat luar bilik bedah
terharu jap. Tapi masa tu memang mamai.. Sampai kat wad baru rasa sakit sebab
ubat bius dah habis huh memang sakit menangis weh..
Katil 25 dalam kenangan: HUKM
Hari pertama lepas bedah memang tak turun dari katil sebab pergerakan agak terhad. Alhamdulillah semua berjalan lancar itu yang penting. Hari kedua dan seterusnya bermula rutin harian aku di wad 4G tingkat 4 HUKM setiap pagi kena ambik tekanan darah dan suntikan kadang-kadang rasa sakit juga wuu. Dalam wad ni majoriti semua pesakit ada prob kaki atau tulang boleh kira la berapa orang je yang muda termasuk aku hehe.. sepatutnya aku dah kena fisio tapi disebabkan hujung minggu Dr fisio pun cuti la kan kena tunggu minggu depan.
Masuk hari keempat Dr datang
untuk check luka pembedahan nampaknya luka aku ok je takda masalah. Nurse bantu
aku bersihkan luka bedah. Petang pula nurse bawa aku untuk x-tray nak
pastikan lutut aku ok ke tak. Nampaknya lutut den ok je.. Dr pun bagitau lusa boleh keluar lepas
fisioterapi aku pun memang tak sabar nak keluar.
Nak bagi tips sikit kalau masuk
wad tu bawa la buku ke, majalah, al-Quran ke tesis eh melampau pula nak bawa
tesis hehe.. kalau namanya dalam wad rutin harian sama je tidur, makan, tidur
makan nasib baiklah ada juga bawa buku yang memang lama dah nak baca “Semusim
Di Barzakh”..Mm sesuai sangat aku yang sakit ni baca dapat muhasabah diri buku
ni memang sentap sampai ke hati..
Hari keenam Dr fisio datang ajar
macamna nak guna tongkat keliling wad boleh la not bad sebab dah ada pengalaman
guna masa mula-mula injured dulu. Lepastu buat senaman mudah atas katil. Dr
kata kena selalu buat pergerakan untuk elak darah beku lepas pembedahan. Dr pun
sporting je.. tengahari nurse bagitau petang boleh balik lepas selesai dokumentasi,
ambil ubat dan selesai. Pembayaran aku dah buat 3 hari sebelum operation aku bank
in mudah so bagi resit je la. Kos pembayaran untuk ACL ni sebanyak RM 5,830.60
semuanya ditanggung oleh pihak universiti.. terima kasih daun keladi my Uni..terharu
sangat..
Dedikasi buat Doktor Ortho HUKM
& team, para nurse di wad 4G yang banyak membantu semuanya baik-baik belako jasamu dikenang. Pekerjaan
yang mulia bantu orang yang sakit ni banyak pahala insyaAllah Moga kalian diberi kekuatan dan kemudahan untuk terus berbakti pada ummah..
tak lupa my family terutama mak tercinta tq sudi jaga sepanjang berada di wad. Abang
kakakku jua.. Jazakumullahukhairan jaza’..
akuyangmenulis
14012017
4.00pm
Thursday, 12 January 2017
2017 aku bermula lagi
Bismillahirahmanirahim..
Aku menulis semula setelah 5 tahun aku tinggalkan dek kerana kekangan mungkin @ malas haha..moga aku istiqamahlah ye sempena tahun baru 2017 yang mencabar kerana masa sentiasa mengejar selaju jet pejuang..blog pun dah baru sebab blog lama tak ingat password..hehe
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan".
*Surah Insyirah 5-6*
So ayat ni jelas lagi terang hidup ni memang ada ujian, rintangan, masalah yang perlu kita tempuh.. yakinlah setiap kesusahan sampai menitisnya air mata pasti ada hikmah dan jalan Allah nak bagi..YAKIN (sambil gengam tangan tengok langit)
Samalah situasinya dengan life aku sekarang awal tahun baru ni tak boleh berjalan macam biasa nak berlari apatah lagi..terpaksa guna dua tongkat ajaib..sebabnya aku lepas operate kaki so nikmatilah dengan senyuman..nasib baik cuti semester uni dapatlah relax & rest sementara nak sembuh..ok banyak2 sabar ye wahai hati..
Doakan aku cepat sembuh dan siapkan tesis eh..
Allahumma Yassir..
akuyangmenulis
12012017
4.18pm
akuyangmenulis
12012017
4.18pm
Subscribe to:
Posts (Atom)