Thursday, 12 January 2017

2017 aku bermula lagi


Bismillahirahmanirahim..

Aku menulis semula setelah 5 tahun aku tinggalkan dek kerana kekangan mungkin @ malas haha..moga aku istiqamahlah ye sempena tahun baru 2017 yang mencabar kerana masa sentiasa mengejar selaju jet pejuang..blog pun dah baru sebab blog lama tak ingat password..hehe


"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan".

*Surah Insyirah 5-6*


So ayat ni jelas lagi terang hidup ni memang ada ujian, rintangan, masalah yang perlu kita tempuh.. yakinlah setiap kesusahan sampai menitisnya air mata pasti ada hikmah dan jalan Allah nak bagi..YAKIN (sambil gengam tangan tengok langit)


Samalah situasinya dengan life aku sekarang awal tahun baru ni tak boleh berjalan macam biasa nak berlari apatah lagi..terpaksa guna dua tongkat ajaib..sebabnya aku lepas operate kaki so nikmatilah dengan senyuman..nasib baik cuti semester uni dapatlah relax & rest sementara nak sembuh..ok banyak2 sabar ye wahai hati..


Doakan aku cepat sembuh dan siapkan tesis eh..

Allahumma Yassir..

akuyangmenulis
12012017
4.18pm


No comments:

Post a Comment